Thursday, 25 February 2010

Lapis Batik Kenyalang & Asam Manis

23/2/10 - Tempahan berulang dari teman suami sebiji kek lapis batik kenyalang dan sebiji kek asam manis. Memandangkan kedai bahan2 kek berdekatan rumah masih bercuti saya pergi ke JUSCO untuk mencari bahan2 yang tiada dlm simpanan dirumah.

24/2/10 - Mula mengadun adunan batik kenyalang jam 9pg. Adunan dibahagi tiga dan diwarnakan seperti dibawah......merah,kuning dan hijau.


Lapisan pertama dipaipkan warnanya berselang-seli

Lapisan pertama setelah siap dibakar didalam oven kek lapis sarawak


Lapisan kedua

Kek yang telah siap-masa membakar 1jam 30minit

Beginilah rupa corak didalam apabila kita memotong nanti-berwarna-warni berselang-seli. Sesuai sebagai hadiah, hantaran pertunangan atau perkahwinan.....Rasanya pun sedap.

Pada sebelah petang setelah anak2 pulang dari sekolah saya pun siapkan adunan lapis asam manis.

Satu bahagian diwarnakan epal hijau

Satu bahagian dibiarkan warna asal

Kepingan asam manis

Kepingan asam manis disusun supaya nampak kemas

Beginilah rupanya kepingan asam manis itu setelah dibakar

Setelah itu pula lapiskan dengan adunan berwarna hijau dan bakar kosong

Lapisan hijau yang telah dibakar

Hasil kek asam manis saya

Kek lapis asam manis ni memang popular waktu Hari Raya.......rasanya memang sedap:)


Friday, 19 February 2010

Lapis Cheese - repeat order dari teman suami yg satu keluarga gemar dgn apa-apa kek yang menggunakan cheese
l
Lapis blueberry-3 biji ditempah oleh cikgu ila dr pulai indah jb buat majlis aqiqah temannya

Order da siap untuk dihantar kepada pelanggan

Blueberry Filling

Setiap bekas ni ada 50bij....sedap dimakan apabila dichillkan dalam petisejuk atau begitu sahaja

Cheese Filling untuk diisi kedalam pastri- cheese yg digunakan adalah philadelphia cheese cream

Blueberry Cheese Tart - siap untuk dmasukkan ke oven

Raya Cina masuk order blueberry dan chocolate cheese tart. Persiapan awal membuat pastrinya dulu.

Mini rough puff pasty chicken pie - intinya white sauce chicken filling yg sedap

Chocolate Banana Cake untuk ulangtahun
ke 18 putera sulungku

Nutella Choc Moist Cake

Chocolate Indulgence Cake untuk
Harijadi suami

Kuih Bakar Ubi Kayu














Coconut Tartlets

Apam Kukus Cantik Manis


Coconut tartlets after baking

Coconut Tartlets b4 baking